redonme.xot

My photo
kepala batas, penang, Malaysia
♥CHUT KARTIKA BADROLHISHAM♥18♥ISLAM.MALAY.ACHEH♥FEMALE♥23march1991♥EX-STFIAN♥LOVE.ART.DANCE.MUSIC♥RED.BLACK.WHITEaddict♥THINKING OF THE BETTER FUTURE♥

redmuse.xot

♥Membilang dari satu,
♥Menyapa dengan salam,
♥Jika dilipat sebesar kuku,
♥Jika disebar menjadi seluas alam..

Thursday, January 15, 2009

SERBU MESIR...


RAFAH, Gaza 19 Jan. – Berpuluh-puluh ribu penduduk Gaza memasuki Mesir hari ini selepas pejuang Palestin memusnahkan tembok sempadan iaitu tindakan dramatik sebagai membantah penutupan semua pintu masuk oleh Israel yang mendapat sokongan Kaherah. Penduduk Gaza berbondong-bondong memasuki kawasan sempadan itu dengan menaiki kereta, pedati dan berjalan kaki.
Mereka dilaporkan membanjiri bandar Gaza di sempadan Mesir bagi membeli bahan api dan pelbagai barangan yang bekalannya kurang serta mahal berikutan tindakan rejim Tel Aviv menyekat pintu sempadan. Kakitangan keselamatan Hamas mengawal lalu lintas sempadan dan penduduk yang keluar masuk kepada dua laluan dan memeriksa barang-barang. Seorang lelaki yang kembali ke Gaza dengan membawa tujuh pucuk pistol telah dirampas oleh petugas keselamatan terbabit.
Para pengawal sempadan Mesir yang bertugas tidak mengambil sebarang tindakan, menunjukkan bahawa kerajaan Mesir gagal untuk mengambil tindakan apabila situasi tersebut berlaku. Mesir telah menutup sempadannya dengan Gaza sejak Hamas mengambil alih kuasa di di wilayah pesisir laut itu pada Jun tahun lalu.
Selepas rejim Tel Aviv menutup semua pintu sempadan menyekat kemasukan bekalan, pentadbir Hamas telah menganjurkan tunjuk perasaan bagi mendesak negara Arab bertindak supaya menggesa Mesir membuka pintu sempadan. Kacau-bilau di sempadan itu tercetus pada hari keenam penutupan penuh Gaza oleh Israel dan mendapat sokongan Mesir.
Tindakan rejim Tel Aviv itu dikatakan sebagai tindakan balas dendam terhadap serangan roket oleh pejuang Palestin yang menyebabkan penduduk Gaza berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan dan bahan api yang teruk. Bagaimanapun, penutupan tersebut gagal menghalang para pejuang melancarkan serangan roket yang berlarutan sejak enam tahun lalu.
Sebelum subuh hari ini, kumpulan pejuang Palestin telah memulakan kerja meletupkan tembok sempadan di Rafah dan menurut pegawai Hamas, terdapat 17 lubang terbentuk. Pegawai keselamatan Mesir memberitahu, semua anggota keselamatan dan polis Mesir yang bertugas di sempadan telah ditarik keluar dan beberapa pengawal yang berada di kawasan tembok sempadan tidak bertindak untuk menghalang kemasukan penduduk Gaza terbabit.– AP


nazirah: akak, nape mesir tanak tlg org paletin??
nazirah: jahatnye diorg ni


insyirah_sq: itulah sis
insyirah_sq: dunia hari nie
insyirah_sq: dh smp thp chronic
insyirah_sq: dh sesak nafas tahap maksima
insyirah_sq: mmg ikutkan
insyirah_sq: mau nk menjerit je rasa kan?
insyirah_sq: tapi ya la,sethn jagung dlm dunia nie, perit kita tue tak seperit org2 yg menghadapi sendiri keadaan tue sumer
insyirah_sq: pemimpin yg bertungkus lumus hadapi tohmahan msyrkt n dunia
insyirah_sq: utk mempertahankan aqidah n semnagat juang diorang
insyirah_sq: kalau kita geram,tak terbayang kegeraman diorang kan?
insyirah_sq: tapi diorang kuat, sebab yakin dgn janji Allah
insyirah_sq: kita?


"sama-samalah kita fikir bersama.."

No comments:

Post a Comment